Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHuraian Logo



SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-32, TAHUN 2016



Logo asal dicipta oleh Yang Mulia Awang Abdul Rahman bin Ahmad, Pelukis, Balai Kenangan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan telah digunakan pada Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Tahun 2015. Logo pada tahun ini, dikemaskini oleh Yang Mulia Awang Abdul Azim bin Haji Ahad, Pereka, Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016 yang bersidang pada 15 Disember 2015.

Logo ini melambangkan wawasan dan hasrat negara sebagai sebuah Negara Zikir, menjunjung dan menyanjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan matlamat Wawasan Negara 2035.

Kemurnian nilai-nilai Melayu Brunei digambarkan melalui pemilihan warna yang dinamik dan unik, percantuman antara warna benang emas tenunan Brunei dan lingkungan warna pastel menggambarkan kesediaan Generasi Berwawasan mendukung hasrat negara yang murni. Logo yang berbentuk sejambang bunga yang mekar tanda negara sudah mencapai kedewasaan.


PORPLEPINK.png
Lima permata merah jambu lambang generasi muda yang taat dengan perintah Allah dan lima permata ungu memberi perlambangan bahawa generasi dewasa tetap taat menjunjung dan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Penggembelingan dua warna ini membentuk bintang menjalar keluar, menggambarkan dua generasi muda dan dewasa sama-sama berjuang mencapai hasrat dan wawasan negara.​
logopart2.png

​Sepuluh bulan sabit dan sepuluh biji tasbih melambangkan nilai keislaman, nilai dan ciri keislaman yang mana Negara Brunei Darussalam mempunyai bangsa yang sentiasa ingatkan Allah Subhanahu Wata’ala.
logopRT3.JPG
​​Bintang di tengah melambangkan kecemerlangan. Ke arah mencapai Wawasan Negara 2035, kecemerlangan dalam segenap bidang diperlukan oleh bangsa dan negara. Generasi yang berwawasan akan berusaha mendapatkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Bintang ini juga adalah motif bagi tenunan Brunei, menandakan bahawa negara berintikan identiti dan kemurniaan Melayu.
                                     _____________________________________________________________________
Gabungan sepuluh biji permata, sepuluh biji tasbih, sepuluh bulan sabit, satu bintang dan panji-panji berjumlah 32, menandakan 32 tahun Negara sudah merdeka.
logopart4.JPG
​Abjad 32 dalam tulisan jawi / arab membawa pengertian Negara akan tetap menjunjung falsafah Negara Melayu Islam Beraja sebagai nadi pembangunan negara. Warna hijau melambangkan Negara akan tetap subur dengan lahirnya Generasi yang Berwawasan, sentiasa memikul tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran Negara.