Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHuraian Tema


SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-32, TAHUN 2016 

GENERASI BERWAWASAN
Generasi  bermaksud  pewaris  bangsa selaku  peneraju  kepada  kemajuan negara  bagi  mencapaiWawasan Negara 2035. Wawasan pula ditakrifkan sebagai suatu matlamat untuk mencapai hasrat negara.

Gabungan Generasi Berwawasan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang, selain melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang. Generasi Berwawasan merupakan generasi pewaris masa depan Negara Brunei Darussalam; sepertimana dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam antara lain Baginda bertitah:

“Rakyat jelata yang sensitif lagi patriotik sangatlah diperlukanoleh Negara terutama mereka dari

kalangan generasi muda serta para belia kerana mereka itu adalah pewaris masa depan kita.”

   Titah sempena Sambutan Ulang Tahun                                                 

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam                                                

Ke-29, Tahun 2013                                                


32 tahun  mencapai kemerdekaan setentunya sesuatu yang harus dilihat secara yang lebih serius dalam menelusuri bagaimana perkembangan dalam semua aspek 32 tahun yang lalu.  Lantaran itu tema tahun 2015 ini lebih melihat kepada Generasi Berwawasan terutama bagi generasi belia yang menjadi tumpuan khusus dalam usaha memberikan nilai-nilai jati diri yang tinggi lagi kental. Dari sinilah  Generasi Berwawasan  itu nanti akan dapat membangun dan membentuk Negara Brunei Darussalam menuju Wawasan 2035.

Suasana dan keadaan negara yang cukup aman telah mengizinkan wawasan dapat dilaksanakan dengan lancar lagi teratur, ini semua berkat usaha sama dikalangan para pemimpin dan rakyat secara umumnya namun apa yang lebih utama ialah bagaimana pihak kerajaan berusaha secara terus menerus memberikan bimbingan terhadap golongan belia. Golongan inilah yang seharusnya ditanamkan  wawasan  yang  secara  formalnya  telah   diberikan  pendidikan  formal  disamping golongan   telah   begitu   ampuh   dengan   didikan   agama   Islam.   Generasi   Berwawasan   juga mempunyai  indikasi  bahawa  akan  nampak  wawasan  itu  sebagai  landasan  yang  terarah  lagi tersusun dalam membangun Negara Brunei Darussalam terutama melihat pembangunan negara selama 32 tahun yang lalu. Pasak utama ialah keamanan dan kestabilan politik yang membolehkan rakyat hidup dengan sejahtera yang sentiasa dilindungi oleh Allah. Amalan seperti inilah harus diteruskan hingga bila-bila supaya negara zikir akan menjadikan warga terutama generasi belia yang bakal pemimpin akan dapat memimpin dengan petunjuk Allah.

Dalam usaha memberikan tumpuan kepada
Generasi Berwawasan seharusnya mereka ini diberikan garispandu yang jelas dan berani dalam mendepani setiap wawasan yang lebih jauh dan sedia memberikan sumbangan yang bermakna bukan hanya sekadar sumbangan yang biasa sahaja tetapi lebih jauh dari itu kerana Wawasan 2035 sepatutnya sudah cukup bersedia menghadapinya malahan para Generasi Berwawasan mempunyai pandangan dan pola fikir yang cukup proaktif. Tahan uji dan kental dalam memimpin negara yang dilihat suatu yang mencabar lagi daya saing yang tinggi jadi Generasi Berwawasan seperti inilah diperlukan oleh negara. Pengisian ilmu yang berbentuk ilmiah dan profesional tidak lagi menjadi masalah yang besar kerana kerajaan telah membuka seluas-luasnya untuk mendapat ilmu ditambah lagi usaha yang tidak kendur-kendurnya dalam menyediakan belia-belia dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Bagi   merealisasikan   
Generasi   Berwawasan   ini   seharusnya   ada   sukat-sukat   bagi   melihat bagaimana kehebatan dan profesionalisme para belia akan pemimpin ini dalam menuju Wawasan 2035. Sukat-sukat itu dibuat oleh mereka yang telah atau pernah menjadi pemimpin peringkat negara kerana segala wawasan semasa mereka tentu sahaja ada yang kurang atau tidak menepatikehendak negara jadi generasi yang berwawasan ini seharusnya diberikan bimbingan supaya tidak berlaku kepada mereka sebelumnya dan negara tidak akan berasa rugi olehnya.

Tema ini dipilih bertepatan dengan pelbagai tema telah dilalui sejak 32 tahun yang lalu, dalam mana Generasi Berwawasan merupakan satu komponen yang cukup signifikan lagi dapat merealisasikan  hasrat negara secara menyeluruh. Semangat yang jitu warga dalam menyatakan cinta pada negara dan pada kepimpinan Kebawah Duli  Yang Maha Mulia  Paduka Seri  Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sekian lamanya berjaya membawa Negara Brunei Darussalam memperkenalkan kepada dunia. Pelbagai tema telah dicipta begitu rupa yang mempunyai signifikannya sendiri malahan ia sebagai urutan perkembangan yang boleh dianalisa hingga ke hari ini dan yang lebih jelas sekali ialah sesuatu tema itu memberikan gambaran dan harapan dalam mengisi kemerdekaan itu sendiri.