Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan Bas Ulang Alik

Perkhidmatan Bas Ulang Alik
  
Aturcara Majlis Kesyukuran
Aturcara Perhimpunan Agung
Aturcara Perhimpunan Agung - Jika Hujan Lebat
Perkhidmatan Bas Ulang-Alik
​​

PERKHIDMATAN BAS ULANG-ALIK (SHUTTLE BUS)

 

Jawatankuasa Kerja Pengangkutan akan menyediakan Perkhidmatan Bas Ulang-Alik untuk orang ramai dan peserta-peserta yang terdiri daripada penuntut-penuntut Sekolah/Maktab/Institut Tinggi, NGO, Kaki-Tangan Kerajaan, Persatuan-Persatuan, Embassy dan Swasta.

 

Bagi penuntut-penuntut Sekolah/Maktab/Institut Tinggi perkhidmatan bas ulang-alik akan disediakan di Kawasan Letak Kereta Stadium Tertutup dan Kawasan Letak Kereta Perkuburan Jame' Asr Hassanil Bolkiah (berdepanan Letak Kereta Masjid Jame').

 

Bagi orang ramai, peserta-peserta NGO, Kaki-Tangan Kerajaan, Persatuan-Persatuan, Embassy dan Swasta perkhidmatan disediakan 3 lokasi iaitu Kawasan Letak Kereta Perkuburan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah (RIPAS Bus Shelter), Stadium Negara Hassanal Bolkiah (Berdepanan Tangga Besar) dan Kawasan Letak Kereta Pejabat-Pejabat Kerajaan Airport Lama (Berdepanan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat).

 

Peserta-perserta dan orang ramai akan diturunkan dibeberapa lokasi tertakluk kepada aliran lalu lintas dan arahan Pegawai Trafik Kawalan Lalu Lintas Polis Diraja Brunei dari masa ke semasa. Lokasi-lokasi tersebut adalah:

 

1.       Jalan Cator (Terminal Bas BSB)

2.       Jalan Sumbiling

3.       Jalan Bendahara

4.       Jalan Pehin Dato Isa

5.      Jalan Simpang (Khusus untuk murid-murid Pengimbar Bendera SAHAJA)

 

Semasa balik, peserta perbarisan atau orang ramai, bas-bas akan diaturkan dikawasan letak kereta berdepanan alat-alat kebesaran diraja. manakala perkhidmatan bas ulang-alik akan disediakan dibeberapa lokasi seperti berikut:

1.     Jalan Bendahara adalah untuk bas ulang-alik ke Stadium NHB,  kawasan Letak Kereta Pejabat-Pejabat Kerajaan Airport Lama dan Stadium Tertutup (Khusus untuk Penuntut Sahaja).

 

2.     Jalan Pehin Dato Isa juga bas untuk ulang-alik ke Stadium NHB dan Kawasan Letak Kereta Pejabat-Pejabat Kerajaan Airport Lama dan Stadium Tertutup (Khusus untuk Penuntut Sahaja).

 

3.     Jalan Sumbiling khusus untuk ke Jame' Asr Hassanal Bolkiah (penuntut dan orang ramai)

 

NOTA: Jika keadaan Jalan Sumbiling tidak dapat dilalui, Pihak Polis Trafik Kawalan Lalu Lintas akan menggunakan Jalan Stoney atau Jalan Bendahara buat sementera waktu.

 

Selesai acara, penuntut-penuntut yang mengikuti persembahan di Taman SOAS, adalah dinasihatkan untuk menunggu didalam Taman sehingga arahan diumumkan, kerana Bas-Bas akan diarahkan untuk mengambil mereka di Jalan Elizabeth 2 atau di Jalan Pretty.

​ 

Untuk memudahkan lagi orang ramai dan peserta bas-bas akan di label dan pihak Jawatankuasa juga menyediakan Petugas-Petugas disetiap lokasi.